De Jong: Barcelona miliki banyak masalah

By Ammar Hakim 15 August 2020 4522
De Jong: Barcelona miliki banyak masalah
Frenkie de Jong berkata kekalahan 8-2 Barcelona dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Bayern Munich membuktikan gergasi LaLiga itu memiliki banyak masalah.

Barca dibolosi lapan gol dalam satu perlawanan buat pertama kali sejak 1946 selepas mereka tidak diberikan sebarang belas kasihan ketika berdepan Bayern di Lisbon awal pagi tadi.

Bayern mendahului 4-1 dalam separuh masa pertama dab mereka tidak berhenti di situ -- sekaligus menyaksikan Barca tersingkir di peringkat suku akhiar buat kali keempat dalam lima musim.

Dengan krisis yang melanda Barca menyaksikan ketua jurulatih, Quique Setien, dilaporkan bakal dipecat, pemain tengah, De Jong, menyuarakan pendapat mengenai kekalahan itu.

"Perlawanan ini membuktikan kekurangan yang dimiliki pasukan," kata De Jong. "Saya berasakan ia telah terbukti banyak yang perlu kami perbetulkan.

"Sukar buat penyokong dan kami memohon maaf. Banyak perubahan yang perlu kami fikirkan.



"Kami percaya mampu mengatasi Bayern. 15-20 minit pertama kami beraksi cemerlang di sebalik dibolosi awal dan kami bangkit dengan gol penyamaan dan memiliki dua peluang terhidang. Anda dapat melihatnya.

"Tetapi mereka beraksi dengan lebih cemerlang. Saya tidak berasakan mengenai bakat, tetapi kami perlu meningkatkan lagi intensiti dan kerja keras dalam melakukan perubahan."
 

About Author

Ammar Hakim

Comment