Luqman Hakim buat penampilan pertama bersama Kortrijk

By Muzaffar Musa 24 October 2020 6362
Luqman Hakim buat penampilan pertama bersama Kortrijk
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Malaysia pertama diturunkan beraksi dalam liga divisyen utama di Eropah.

Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika KV Kortrijk tewas 1-3 kepada Anderlecht dalam saingan Belgium Pro League awal pagi tadi.

Luqman Hakim dimasukkkan pada minit ke-74 bagi menggantikan Petar Golubovic dan biarpun hanya beraksi selama 16 minit, dia menjadi pencetus Kortrijk memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo pada minit ke-86.

 

74' IT'S HAPPENING 🇲🇾 First minutes for Luqman! 😱 0-3 | #KVKAND #COYR

Posted by KV Kortrijk on Friday, 23 October 2020


Terdahulu, Anderlecht yang dikemudi bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany, selesa mendahului dengan tiga gol hasil jaringan Lucas Nmecha (2) dan Percy Tau.


 

About Author

Muzaffar Musa

Comment