Skip to main content

Sukan Lain

Hoki Piala Asia: Malaysia benam China 2-0

malaysia-chian.jpg
Kejohanan Hoki Piala Asia membawa perkhabaran gembira buat The Speedy Tigers yang memulakan perlawanan Super Fours berdepan China dengan skuad kendalian Sarjit Singh meraih kemenangan 2-0.

Skuad hoki negara terpaksa menunggu hingga ke suku ketiga untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi jaringan pukulan sudut penalti disempurnakan Syed Shafiq Syed Cholan kira-kira 25 saat menuju suku keempat.

Tidak terhenti di situ -- kawalan bola cukup terpuji daripada Fitri Saari bijak dibaca Akhimullah Anuar Esook untuk Malaysia terus di depan 2-0.

Dan kemenangan 2-0 itu menghidupkan peluang buat Malaysia untuk mara ke final namun dengan syarat perlu meneruskan momentum positif dalam dua baki aksi super fours berdepan India dan Korea Selatan.
 

Must Watch Video