Atlet tenpin boling negara, Gillian Lim, pernah bergelut dengan masalah insomnia sejak usia remaja yang pada awalnya sedikit mengganggu rutin harian ketika mula bergelar atlet sepenuh masa.
Keadaan tersebut mendorong anak jati Sarawak itu mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk pengambilan magnesium serta ubat bagi membantu mendapatkan rehat yang mencukupi.
Advertisement
Bagaimanapun, Gillian akhirnya menemui pendekatan semula jadi yang lebih berkesan menerusi teknik pernafasan serta mendisiplinkan diri untuk mendapatkan tidur yang cukup sekitar enam jam setiap malam.
Mengakui tekanan bertanding dalam kejohanan di peringkat tertinggi kadangkala menjejaskan waktu rehat, namun kini ia bukan satu isu yang mengganggu fokus dan prestasinya ketika beraksi.