Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni ulas kekalahan kepada Shah Firdaus

j

"Saya bangga dengan Shah."

Demikian reaksi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, enggan dibelenggu kekecewaan biarpun kepulangannya ke Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026 tidak berakhir dengan kisah romantis selepas tewas kepada Shah Firdaus Sahrom dalam aksi final keirin di Velodrom Nasional, Nilai.

Shah Firdaus yang dalam usaha mengembalikan prestasi terbaiknya selepas melewati pembedahan lutut membuka mata banyak pihak dengan mengungguli saingan keirin, hari ini, sambil Fadhil Zonis di tempat ketiga.

"Saya bangga dengan Shah kerana berikan saingan hebat. Ini menunjukkan dia sudah dapatkan kembali prestasinya dan kini di landasan tepat untuk menghadapi Sukan Komanwel.

"Shah dan Fadhil merupakan pelumba yang mempunyai taktik yang bagus.

"Saya gembira dengan keputusan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Shah Firdaus menyifatkan kejayaan itu sebagai rezeki buat dirinya, lebih-lebih lagi disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, yang berkenan mencemar duli berangkat ke kejohanan berkenaan.

"Kami biasa tukar posisi (podium).

"Ketika latihan, saya tengok catatan masanya sangat laju jadi saya memang dah jangka akan sengit.

"Inilah keirin, apa sahaja boleh berlaku," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video