NBA: Anthony Davis, Lebron James hampir kembali perkuat LA Lakers

Oleh Shaiful Shamsudin 20 April 2021 59
NBA: Anthony Davis, Lebron James hampir kembali perkuat LA Lakers
Ketua jurulatih Los Angeles Lakers, Frank Vogel, menjelaskan Anthony Davis masih memerlukan beberapa hari lagi sebelum boleh kembali selain menawarkan maklumat terkini mengenai kecederaan bintang utama, LeBron James. 

Davis diketepikan sejak juara NBA itu bertemu Denver Nuggets pada 14 Februari lalu akibat masalah betis kanannya.

Walaupun ada sedikit peluang untuk Davis kembali dalam kekalahan getir 97-111 menentang Utah Jazz di tempat sendiri, sebentar tadi, dia sebaliknya akan kembali ketika Lakers menghadapi Dallas Mavericks, Jumaat ini. 

"Kami perlu bekerja keras selepas pertemuan ini," kata Vogel selepas perlawanan. 

"Dia akan terus meningkatkan kecergasannya dalam dua hari ini sebelum kami lihat bagaimana prestasinya ketika bertemu Dallas."

Davis memungut purata 22.5 mata dalam setiap perlawanan musim ini sebelum dilanda kecederaan -- catatan terendah dalam liga sejak tahun keduanya bersama Pelicans New Orleans (20.8 mata).

Purata jaringan pemain berusia 28 tahun itu menjunam kepada 8.4 peratus pada 2020-21 -- jumlah terendah sejak musim pengenalannya (8.2) pada 2012-13.

 

"Perkara paling penting ketika ini adalah mendapatkan rehat," tambahnya. 

"Dia sihat. Tetapi selepas tidak beraksi dan tidak dapat meningkatkan aktiviti fizikalnya di gelanggang dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, ia akan memerlukan sedikit masa sebelum dia kembali mendapat rentak sebenarnya. 

"Kami tidak mahu dia berdepan berisiko yang boleh memburukkan lagi kecederaannya atau ditimpa kecederaan berbeza. Kami ingin mengawasinya."

The Lakers kehilangan James sejak pergelangan kakinya terseliuh dalam kekalahan kepada Atlanta Hawks pada 20 Mac lalu. 

James mencatat purata 25.4 mata, 7.9 rebound dan 7.9 bantuan jaringan dalam setiap perlawanan musim 2020-21.

Vogel berkata pemain berusia 36 tahun itu sedang menjalani latihan ringan di atas gelanggang.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen