Spurs terlepas playoff buat pertama kali sejak 1996

Oleh Ammar Hakim 14 Ogos 2020 43
Spurs terlepas playoff buat pertama kali sejak 1996
The San Antonio Spurs tidak akan telibat dalam aksi playoff NBA buat pertama kali sejak 23 tahun.

Dengan Memphis Grizzlies dan Phoenix Suns memenangi aksi terakhir musim-biasa semalam, The Spurs tersingkir daripada saingan pascamusim buat pertama kali sejak 1996-97.

Ia mengakhiri rekod San Antonio 22 kali berturu-turut membuat penampilan dalam playoff sebelum pertemuan dengan Utah Jazz dalam persaingan merebut slot bagi Western Conference di Walt Disney World Resort.

The Spurs melakarkan rekod menang-kalah 32-38 menjelang aksi terakhir berdepan Jazz di Orlando, di belakang penghuni tangga kelapan Grizzlies (34-39), Portland Trail Blazers (34-39) dan Suns (34-39).

Dengan lima kejuaraan tercipta sejak tiba di Spurs pada 1996, Gregg Popovich –- salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah liga -- telah menghadirkan permainan yang konsisten tahun demi tahun bersama San Antonio.

Kali terakhir Spurs terlepas playoff, Popovich mengambil alih peranannya sebagai ketua pengurus dan menggantikan Bob Hill, yang dipecat selepas 18 perlawanan pada 1996.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen