Barcelona mahu balas dendam -- Pjanic

Oleh Ammar Hakim 25 September 2020 6195
Barcelona mahu balas dendam -- Pjanic
Pemain tengah Barcelona, Miralem Pjanic, berkata gergasi LaLiga itu mahu membalas dendam selepas mereka dimalukan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Diaibkan 8-2 kepada Bayern Munich dalam aksi suku akhir UCL melengkapkan musim 2019-20 tanpa sebarang gelaran buat Barca.

Barca juga telah diatasi pencabar terdekat, Real Madrid dalam LaLiga, dan mereka mengambil keputusan untuk memecat Quique Setien dan melantik Ronald Koeman.

Bintang dan kapten pasukan, Lionel Messi, turut menghantar permohonan untuk berhijrah sebelum memilih untuk kekal di Nou Camp.

Kini membuat persiapan menghadapi aksi pembukaan berdepan Villarreal, Pjanic barkata, "Pasukan ini mahu membalas dendam dengan apa yang telah berlaku di Lisbon.

"Sasaran kami akan dicapai selangkah demi selangkah: bermula dengan saingan liga, kemudian UCL atau menjadi antara enam pasukan pilihan untuk bergelar juara."
 

"Saya tidak meragui pasukan ini, saya telah bercakap dengan rakan sepasukan dan mereka tidak kehilangan semangat. Ia bukan tahun mudah buat mereka tetapi saya pasti pasukan akan bangkit dan mengharungi musim yang baik."




 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen