Cemerlang, sungguh cemerlang -- Guardiola puji persembahan Foden

Oleh Ammar Hakim 2 Disember 2020 133
Cemerlang, sungguh cemerlang -- Guardiola puji persembahan Foden
Pep Guardiola memuji prestasi Phil Foden ketika Manchester City seri 0-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Porto.

City dikecewakan oleh tuan rumah di Estadio do Dragao, dengan jaringan Gabriel Jesus dibatalkan selepas VAR menunjukkan Joao Cancelo berada dalam kedudukan ofsaid 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Bagaimanapun, aksi hambar itu kekal menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kekal di puncak ketika berbaki satu perlawanan.

Foden turut empat kali dalam saingan UCL, namun pemain tengah England itu telah digantikan dalam lima perlawanan domestik.

Bercakap kepada BT Sport, Guardiola mengakui pemain berusia 20 tahun itu mempamerkan peningkatan dan semakin kekal dalam kesebelasan utama pasukan, tidak mengira lawan mana yang perlu diharunginya.

"Seorang pemain yang cemerlang," katanya mengenai persembahan Foden.

"Intensitinya dan sentiasa mahu mencipta sesuatu. Dia sangat cemerlang dan saya gembira dengan persembahannya."



Selepas meraih kemenangan 5-0 ke atas Burnley, Guardiola memberitahu pemain akan membuat kesilapan jika mereka berasa tersisih jika tidak mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana pengendali itu mahu memastikan setiap pemain berada di tahap terbaik.

Bagaimanapun, dia mahu memastikan sebilangan pemain untuk mencari rentak yang sesuai untuk beraksi dalam skuad City.

"Saya berasakan beberapa pemain perlu mendapatkan rentak, seperti Bernardo [Silva], Oleks [Zinchenko], Fernandinho dan Joao.

"Saya mahu memberikan masa kepada mereka bagi mendapatkan rentak. Saya perlu mengetahui siapa yang boleh saya meletakkan kepercayaan. Kini masa untuk fokus kepada saingan liga."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen