Insigne bukan punca Napoli tewas -- Gattuso

Oleh Ammar Hakim 21 Januari 2021 165
Insigne bukan punca Napoli tewas -- Gattuso
Gennaro Gattuso menggesa Lorenzo Insigne supaya tidak menyalahkan dirinya selepas Napoli tewas dalam aksi final Supercoppa Italiana kepada Juventus selepas dia gagal menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-64, yang ke-760 dalam bola sepak profesional, menyaksikan Juve mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Insigne memiliki peluang terhidang untuk mengikat jaringan ketika perlawanan berbaki 10 minit selepas Weston McKinnie menjatuhkan Dries Mertens.

Insigne berjaya menghantar Wojciech Szczesny ke arah yang salah tetapi percubaannya turut tersasar.

Szczesny menafikan percubaan daripada Hirving Lozano sebelum Alvaro Morata menamatkan perlawanan dengan satu jaringan sekali lagi memberikan kemenangan buat Juve.

Gattuso enggan menyalahkan Insigne, namun penyerang itu gagal meledak yang ke-100 untuk Napoli.

"Saya harus berterima kasih kepada pemain saya, kerana mereka melakukan apa yang kami perlukan. Mereka sedikit pasif, terutama dalam separuh masa pertama, tetapi bertindak balas dalam separuh masa kedua," kata Gattuso.

"Perkara ini boleh berlaku. Saya mengucapkan tahniah atas usaha mereka.

"Ia merupakan perlawanan penting. Tuah tidak memihak kami ketika mengambil sepakan penalti. Tetapi penjaga gol Juve menafikan percubaan Lozano pada minit ke-94 agak luar biasa.

"Kami menang dan kalah bersama setiap individu dalam pauskan, Lorenzo tidak boleh rasa kami kalah berpunca daripadanya, ia tidak benar."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen