Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda 

Oleh Shaiful Shamsudin 7 Mac 2021 268
Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan ditunda 
Konfederasi Bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menangguhkan dua pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini. 

Badan induk itu mengeluarkan mengeluarkan satu kenyataan malam tadi yang mengesahkan bahawa telah mencapai kesepakatan dengan Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan persatuan kebangsaan bagi persetujuan membincangkan tarikh baru kempen tersebut.

Keputusan itu terpaksa diambil berikutan kebimbangan mengenai logistik pemain yang perlu melaporkan diri bersama pasukan kebangsaan mereka tatkala sekatan perjalanan bagi mengekang penularan COVID-19 diperketatkan. 

CONMEBOL berkata adalah mustahil untuk menjamin semua pemain Amerika Selatan mampu melaporkan diri bersama pasukan masing-masing tepat pada masanya.

Dua pusingan perlawanan seterusnya dijadualkan diadakan pada 25, 26 dan 30 Mac.

Sejumlah pengurus kelab telah menyatakan kegusaran terhadap keperluan pemain untuk menyertai pasukan kebangsaan atas kebimbingan perlu menjalani proses kuarantin yang boleh mengundang mereka terlepas perlawanan penting menjelang kemuncak kempen musim ini. 

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan adalah "tidak masuk akal" jika pemain terpaksa mengasingkan diri selama 10 hari sebaik kembali daripada tugasan antarabangsa dan sentimen serupa turut disuarakan rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp.

Pengumuman malam tadi seharusnya meredakan kebimbangan itu, tetapi FIFA dan CONMEBOL perlu mencari tarikh yang sesuai untuk melangsungkan kempen itu. 

Argentina lawan Brazil antara perlawanan berprofil tinggi yang ditangguhkan.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen