Koeman rasa tidak dihormati ketika tewas kepada Getafe

Oleh Ammar Hakim 18 Oktober 2020 9496
Koeman rasa tidak dihormati ketika tewas kepada Getafe
Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, mengadu mengenai 'kurang rasa hormat' ketika pasukannya tewas mengejut dalam saingan LaLiga kepada Getafe, mengkhususkan kepada Allan Nyom.

Koeman mengalami kekalahan pertama sebagai pengendali Barca semalam -- Getafe meraih kemenangan 1-0 hasil daripada sepakan penalti Jaime Mata pada minit ke-56.



Ia merupakan kemenangan pertama Getafe dalam aksi liga ke atas gergasi Sepanyol, Barca sejak November 2011.

Koeman, yang menggantikan Quique Setien pada permulaan musim ini, kurang kagum dengan tingkah laku pertahanan Getafe, Nyom.

"Saya memberitahu dia [jurulatih Getafe, Jose Bordalas] bahawa pemain nombor 12 [Nyom] elah menunjukkan kurangnya rasa hormat kepada saya, dia telah mengatakan dua atau tiga perkara yang sangat buruk kepada saya yang tidak akan saya ulangi. Dia menghina saya," kata Koeman.

"Saya memberitahu Bordalas bahawa dia perlu bercakap dengan pemainnya, kerana kita tidak boleh bertolak ansur dengan perilaku seperti itu dalam bola sepak moden."

Mengenai komen Koeman, Bordalas menambah, "Saya di sini untuk bercakap mengenai bola sepak, bukan mengenai kontroversi. Saya belum bercakap dengan pemain itu, saya akan melakukannya esok, tetapi saya meragui bahawa Nyom akan melakukannya, saya mengenalnya dengan baik.

"Dia sangat kompetitif, tetapi dia seorang yang sangat menghormati. Saya tidak membenarkan tingkah laku buruk di kalangan pemain saya tetapi saya ragu jika Nyom telah menghinanya."
 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen