Safawi kekal jadi taruhan skuad B-23 Portimonense 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Oktober 2020 13874
 Safawi kekal jadi taruhan skuad B-23 Portimonense 
Peminat Malaysia perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat kelibat Safawi Rasid membintangi Liga Primeira di Portugal. 

Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengesahkan dia masih perlu mencari rentak apabila dijangka akan menjadi sandaran skuad remaja Portimonense SC berdepan Maritimo, Ahad ini.

Skuad senior pula akan berkunjung ke Tondela, Sabtu ini, sebelum berentap dengan Santa Clara di tempat sendiri, hujung minggu depan.

Minggu lalu, mereka mencipta kebangkitan menundukkan pasukan senior Maritimo 2-1 untuk mencatat kemenangan sulung musim ini. 

"Saya akan bermain bersama skuad B-23 menentang Maritimo di tempat lawan Ahad ini  dalam usaha untuk menyesuaikan diri," katanya. 


 

📸 Photo of training session [21/10/2020] ⚽️🏃🏻💪💦⚫️⚪️ ------------------ FOLLOW KAMI. Kami @portimonense_malaysiafan akan sentiasa membawakan berita terkini Safawi Rasid di Portugal dan Portimonense SC! ⚫⚪💪

Posted by Portimonense S.C. Malaysia on Wednesday, October 21, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen