Simeone bakal turunkan Suarez dalam aksi bertemu Salzburg

Oleh Ammar Hakim 27 Oktober 2020 369
Simeone bakal turunkan Suarez dalam aksi bertemu Salzburg
Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, berkata Luis Suarez mungkin akan turun ketika bertemu Salzburg dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), walaupun terlepas sesi latih bersama skuad.

Suarez berlatih secara individu menjelang aksi Kumpulan A dengan kelab Austrian, Salzburg di Madrid.

Simeone -- yang bersama Atletico ketika tewas 4-0 kepada juara bertahan, Bayern Munich, -- memberikan perkembangan tahap kecergasan Suarez, dan berkata, "Dia akan tersenarai dalam skuad.

"Kami telah bersetuju untuk dia berlatih secara bersendirian dan kami akan melihat esok, sama dia akan diturunkan dalam kesebelasan utama atau bermula dari bangku simpanan.

Suarez mempamerkan aksi cemerlang sejak berhijrah ke Atletico dari Barcelona pada permulaan musim.

Pemain berusia 33 tahun itu telah meledak empat gol dalam lima aksi liga, termasuk gol kedua ketika meraih kemenangan 2-0 di laman sendiri ke atas Real Betis.
 
Suarez juga meledak gol ke-150 dalam saingan LaLiga awal bulan ini, menjadi pemain kedua terpantas untuk mencapai bilangan tersebut -- lebih pantas daripada Lionel Messi dan hanya di belakang Cristiano Ronaldo.

Ditanya sama ada terkejut dengan impak Suarez, Simeone membalas: "Terkejut, tidak.

"Saya menemui pemain yang saya dengar melalui telefon ketika kami pertama kali berhubung dan melihat terdapat peluang untuk dia menyertai kami.

"Dia mahu berada di sini dan membuktikannya. Mari berharap kami dapat membantunya."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen