Skip to main content

Bola Sepak

Casemiro tinggalkan Man United hujung musim ini

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Casemiro tinggalkan United hujung musim ini

Casemiro bakal meninggalkan Manchester United hujung musim ini selepas kontraknya bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berakhir, perkara itu telah diumumkan kelab semalam.

Pemain antarabangsa Brazil itu menyertai United dari Real Madrid pada 2022 dengan yuran GBP70 juta (RM381 juta) dan telah membuat 146 penampilan bersama kelab, termasuk menjaringkan 21 gol.

Advertisement

"Seorang pemenang sejati, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Case atas sumbangannya bersama United setakat ini.

"Kami berharap dapat menamatkan tempohnya di kelab ini dengan penuh bermakna," menurut kenyataan United di laman X.

Casemiro pula berkata dalam satu kenyataan, "Sejak hari pertama saya melangkah ke stadium indah ini, saya merasai keghairahan Old Trafford dan kasih sayang yang kini saya kongsi bersama penyokong kelab istimewa ini," katanya.

"Ini bukan masa untuk mengucapkan selamat tinggal -- masih banyak kenangan yang perlu dicipta dalam tempoh empat bulan akan datang."

Pemain tengah berusia 33 tahun itu membina reputasi cemerlang bersama Real Madrid apabila meraih lima kejuaraan Liga Juara-Juara.

Casemiro menjaringkan gol pembukaan ketika United menewaskan Newcastle pada final Piala Liga 2023, selain membantu kelab menamatkan saingan liga di tangga ketiga.

Namun dia tidak diturunkan ketika United menewaskan Manchester City pada final Piala FA musim berikutnya.

United kini berada di tangga kelima EPL menjelang kunjungan ke gelanggang pendahulu Arsenal, Ahad ini. 

Must Watch Video