Skip to main content

Bola Sepak

UNISEL, AAK meterai memorandum lahirkan lebih ramai 'thinking player'

aak

'Kita perlu lebih ramai 'thinking players'

Itu penjelasan Datuk Dr Pekan Ramli susulan memorandum persefahaman yang dimeterai antara Universiti Selangor (UNISEL) dan kelab bola sepak All About Kicking (AAK) di Shah Alam, hari ini.

Advertisement

Ia merupakan contoh terbaik buat sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta kelab bola sepak tempatan untuk membantu negara meningkatkan bilangan atlet yang cemerlang dalam kedua-dua bidang.

Kerjasama sebegini juga boleh menjadi solusi buat seseorang pemain jika bersara dari arena sukan atau berdepan isu yang menggugat karier mereka pada masa hadapan.

 

 

 

Bagaimanapun, kolaborasi sebegitu tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang bertujuan untuk mengeksploitasi hak atau kelebihan demi kepentingan peribadi.

"Kami mahu melahirkan 'thinking players' dalam bola sepak, ini inisiatif baik, bukan kali pertama tetapi banyak kolej swasta wujudkan diploma pengurusan bola sepak.

"Dalam keadaan sekarang ini, paling penting bukan bergelar pemain bola sepak sahaja tetapi mempunyai skrol yang membolehkan mereka selepas tamat karier bola sepak sebagai jaminan masa depan.

"Kami tidak mahu pemain yang dipilih oleh kelab bukan sahaja mempunyai bakat tetapi sekurang-kurangnya kelayakan minimum untuk berada di sebuah IPT. Bukannya tiada kelulusan masuk sahaja kerana boleh main bola sepak." katanya. 

Must Watch Video