Skip to main content

Bola Sepak

'Dia cedera, saya tak bodoh. Kami perlu main dengan darah, ini aksi final'

adas

Ketua jurulatih Tottenham, Roberto De Zerbi, menuntut anak buahnya berjuang habis-habisan ketika aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di laman sendiri, awal pagi esok.

Aksi terakhir yang diibaratkan seperti 'final' itu menjadi penentu buat Tottenham yang kini berada di ambang penyingkiran liga dalam tempoh 49 tahun selepas menduduki kedudukan ke-17 dalam saingan liga dengan 38 mata selepas 37 perlawanan.

Dia berkongsikan tidak akan terganggu dengan kritikan susulan ketiadaan kapten pasukan, Cristian Romero, yang sudah pulang ke Argentina susulan masalah kecederaan hingga menyebabkan kemarahan penyokong Spurs yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

 

 

 

"Dia (Romero) sentiasa menunjukkan keinginannya untuk kekal bersama kami. Dia cedera. Sata tidak bodoh. Saya fikir dia tidak boleh mengubah apa-apa, sama ada dia berada di stadium atau tidak.

'Saya tidak mempunyai masa untuk menghabiskan tenaga memikirkan perkara lain. Kami perlu fokus pada perlawanan. Kami mempunyai pemain yang cukup bagus untuk capai sasaran kami.

"Kami perlu beraksi dengan darah, karakter dan semangat kerana ia adalah perlawanan final." katanya.
 

Must Watch Video