Tahniah Arif Aiman Hanapi!
Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) itu akan menamatkan zaman bujangnya apabila dijadual melangsungkan perkahwinan pada esok.
Tular di media sosial satu kad jemputan perkahwinan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu menyaksikan peminat tempatan turut meraikan berita gembira tersebut.
Pemain berusia 24 tahun itu difahamkan akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam satu majlis yang akan berlangsung di Johor Bahru dengan tetamu kenamaan iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan menjadi saksi pernikahan tersebut.
Perfect combo, gol lepas 6 bulan tak beraksi + nak kahwin. πΏπ
Arif Aiman anggap hadiah paling bermakna! π@ASTROARENA pic.twitter.com/0ZhOKRAUsNβ Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 23, 2026
Ia, adalah musim yang sukar buat dirinya apabila terpaksa melupakan bola sepak selama enam bulan selepas mengalami kecederaan sewaktu mewakili Harimau Malaya pada November lalu.
Namun, dia kembali melakukan penampilan bersama Harimau Selatan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Lebih manis, kepulangannya menandakan fenomena luar biasa apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan skuad kendalian Xisco Munoz itu meskipun hanya sempat beraksi sekitar 20 minit.
Welcome back, Arif Aiman! π
Saksikan siaran langsung perlawawan di Astro Arena Bola (saluran 803), sooka atau Astro ONE.#PialaMalaysia2526 #DemiLigaKita pic.twitter.com/iXLbhaT87Tβ Astro Arena π²πΎ (@ASTROARENA) May 23, 2026
Penyokong berdiri bersorak gembira melihat Arif Aiman sudah kembali di atas padang.