Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Man Utd asingkan diri daripada Liverpool, 2 pemain cipta rekod

Mbeumo

Dua pemain Manchester United mencatatkan dua rekod baharu usai menewaskan Brentford 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ia, sekali gus menyaksikan The Red Devils terus menjarakkan diri daripada Liverpool dibezakan dengan tiga mata untuk kekal di tempat ketiga dan semakin hampir untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Advertisement

United bermula garang dan membuka tirai jaringan seawal minit ke-11. Sepakan sudut yang diambil Bruno Fernandes berjaya dimanfaatkan selepas tandukan Harry Maguire menemui Casemiro, yang tenang menanduk masuk untuk gol pembukaan.

Bintang kelahiran Brazil itu merekodkan jumlah gol menerusi tandukan dalam liga musim initertinggi bagi seorang pemain tengah dalam sejarah pertandingan.

Pada minit ke-43, Fernandes sekali lagi memainkan peranan penting apabila melorongkan bola kepada Benjamin Sesko yang melepaskan rembatan lencong menewaskan penjaga gol lawan. Gol tersebut merupakan jaringan ke-10 pemain kebangsaan Slovenia itu musim ini, walaupun sering diganggu kecederaan.

Berdasarkan data terkini EPL, ketua pasukan skuad kendalian Michael Carrick itu berada di tempat pertama senarai bantuan jaringan dengan jumlah 19 kali. Fernandes juga menjadi pemain Man Utd pertama yang menjaringkan atau membantu dalam tujuh atau lebih berturut-turut dalam penampilan EPL sejak Robin van Persie antara November 2012 - Januari 2013 (10 kali berturut-turut).

Bagaimanapun, Brentford berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-87 menerusi rembatan jarak jauh Mathias Jensen yang menewaskan Senne Lammens.

Mereka bakal berdepan Liverpool pada 3 Mei ini. 

Must Watch Video