Skip to main content

Sepak Takraw

Final Piala Dunia ISTAF: Kami sudah rugi... -- Pengurus pasukan Thailand

a

Pengurus Thailand, Auychai Srisuwan, berkongsikan faktor utama pasukannya enggan menyambung perlawanan selepas kontroversi keputusan pengadil ketika berdepan Malaysia dalam acara final regu berpasukan Piala Dunia ISTAF, malam tadi.

Keputusan pengadil perlawanan, Mohammed Radhi Che Mai, yang membatalkan mata kemenangan buat Thailand susulan kaki pemain Skuad Naga Putih itu terlebih dahulu melebihi garisan bawah jarring menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan itu.

Malah, tindakan Thailand untuk tidak meneruskan permainan menyaksikan penyertaan mereka dibatalkan sekali gus menyaksikan Malaysia diberikan kemenangan 2-1 di laman sendiri dan bergelar juara.

"Kami sudah rugi beberapa mata pada perlawanan ini (malam tadi), bukan sahaja ketika kontroversi tadi.

"Jadi kami mengambil keputusan enggan meneruskan perlawanan." katanya.

Must Watch Video