Pemain THT bebas Covid-19 -- K. Rajan

Oleh Ammar Hakim 8 Mac 2021 52
Pemain THT bebas Covid-19 -- K. Rajan
Pengendali Terengganu Hockey Team (THT), K. Rajan, mengesahkan barisan pemainnya sudah menjalani ujian calitan hari ini.

Pemain yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini, termasuk penyerang skuad kebangsaan, Faizal Saari, bebas daripada virus itu.

"Semua pemain bebas daripada Covid-19 dan bersedia untuk beraksi dalam perlawanan akan datang," kata Rajan.

THT akan bertemu pasukan bukan pilihan, Sabah dalam perlawanan pertama namun Rajan enggan menjadikan ia sebagai kelebihan dengan tidak memandang rendah bakat muda Sabah.

"Persiapan THT tidak begitu lama dan pemai-pemain kurang beraksi. Kami berharap untuk menang dalam perlawanan bertemu Sabah dan menemui rentak bagi aksi berikutnya."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen