Skip to main content

Pickleball

Jenama sukan pickleball bawa misi penting di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Muiz

Thrive secara rasminya melancarkan jenama padel pickleball di Malaysia semalam melibatkan beberapa perintis profesional di bawah naungan pasukan mereka.

Sesuai dengan perancangan jangka masa panjang, ia turut meningkatkan tahap kompetitif sukan tersebut di negara ini selain menghidupkan pembangunan menelusuri segenap masyarakat, sekali gus mempromosi padel berkualiti.

Advertisement

"Bagi kami, pasukan yang kami tubuhkan akan mewakili dengan penuh bangga.

"Ia juga penting untuk mempunyai jenama mesra keluarga. Bukan hanya tertumpu kepada pemain profesional sahaja," kata rakan kongsi Thrive Malaysia, Cavan Ang.

Abdul Muiz Abdul Aziz dan Joshua Liu antara dua pemain tempatan di bawah Thrive Malaysia menyifatkan mereka terarah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan itu disebabkan prestasi yang cukup cemerlang di peringkat antarabangsa.

Bekas wartawan Astro Arena (Muiz) itu juga bakal bersaing mewakili Thrive dalam Terbuka Kuala Lumpur APP bermula semalam hingga 14 Februari ini.

"Mereka mempunyai perancangan untuk meningkatkan tahap pickleball di Malaysia.

"Impian kami bersama dan mereka sokong kami sebagai atlet," katanya.

Must Watch Video