Skip to main content

Bola Sepak

Kelab Korea beli Babi

Matheus Babi rasmi sertai Suwon FC, perkuat jentera serangan musim 2026

Kelab Korea Selatan, Suwon FC, mengesahkan kehadiran penyerang Brazil, Matheus Babi, bagi menghadapi kempen musim 2026.

Pemain berusia 28 tahun itu dilihat sebagai rekrut penting dalam usaha memperkukuh jentera serangan serta memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan Liga K2.

Advertisement

Langkah itu sekali gus memberi isyarat jelas bahawa Suwon tidak mahu sekadar menjadi pelengkap jadual, sebaliknya bersedia tampil lebih kompetitif musim ini.

Matheus Babi dikenali sebagai penyerang tengah bertubuh sasa dengan ketinggian sekitar 1.91 meter -- karakter tipikal bagi mengisi posisi nombor sembilan.

Pengalaman beraksi dalam persekitaran kompetitif Amerika Selatan memberi nilai tambah kepada Suwon yang sebelum ini berdepan isu konsistensi di hadapan gol.

Musim lalu, Suwon bergelut dari segi penyudah walaupun mampu mencipta peluang. Kehadiran Babi dijangka memberi dimensi baharu khususnya dalam, situasi hantaran silang dari sayap, serangan balas pantas dan keberkesanan sepakan penjuru dan sepakan percuma

Secara taktikal, Babi memberi pilihan tambahan kepada jurulatih untuk mempelbagaikan pendekatan -- sama ada bermain secara langsung ataupun membina serangan dari bawah.

Penyokong Suwon pastinya meletakkan harapan tinggi agar sentuhan penyudah Babi mampu menjadi pemangkin kebangkitan pasukan.

Sekiranya dia berjaya menemui rentak awal, tidak mustahil penyerang Brazil itu bakal muncul sebagai antara import paling berpengaruh musim 2026 -- dan mungkin menjadi watak penting dalam misi Suwon mencabar kelompok atasan liga.

Must Watch Video