Bola sepak berlaku -- Mourinho

Oleh Ammar Hakim 19 Oktober 2020 1480
Bola sepak berlaku -- Mourinho
Jose Mourinho bergelut untuk menjelaskan kegagalan mempertahankan kelebihan tiga jaringan yang menyaksikan Tottenham diikat 3-3 West Ham semalam dan hanya mampu menyatakan, 'Bola sepak berlaku'. 

Spurs mencatat tiga gol terawal mereka sejak bertemu Derby County dalam masa 14 minit, Son Heung-min membuka jaringan dan dua gol daripada Harry Kane terhasil selepas 16 minit berlalu di utara London.

Dan tuan rumah mengekalkan kelebihan itu sehingga minit ke-82, apabila Fabian Balbuena menanduk masuk menerusi sepakan percuma sekaligus mencetus kebangkitan skuad kendalian David Moyes. 

Ia dengan cepat diikuti dengan gol sendiri Davinson Sanchez sebelum Manuel Lanzini melengkapkan kebangkitan West Ham dalam masa kecederaan.

Jaringan Lanzini memastikan West Ham menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berjaya mengelak daripada ketinggalan lebih daripada tiga atau lebih jaringan selewat minit ke-81.

Ditanya selepas tamat perlawanan, Mourinho sekadar membalas, "Bola sepak.

"Sememangnya, saya perlu menilai apa yang telah berlaku dalam separuh masa kedua dan perlu melakukan secara dalaman. Tetapi untuk anda, saya lebih memilih untuk mengatakan bola sepak berlaku dan saya memilih untuk memuji kepercayaan West Ham.

"Bukan mudah untuk kehilangan kelebihan 3-0. Bukan sesuatu yang mudah untuk hilang tumpuan dalam situasi ini.

"Saya menyedari mereka adalah pasukan yang berbeza musim ini, jadi saya memberikan pujian kepada West Ham."
 

Tottenham mengawal sepenuhnya perlawanan dalam separuh masa pertama Mourinho mendedahkan dia telah memberikan amaran kepada pemain-pemain bahawa perlawanan tersebut masih lagi belum berakhir.

Pengendali kelahiran Portugal itu menyebut nama Tomas Soucek, yang dilihat sebagai 'Fellaini baru' sebagai penghargaan kepada bekas pemain yang dikendalikan ketika bersama Manchester United, Marouane, sebagai ancaman khususnya bagi Hammers.

"Saya memberitahu mereka supaya berwaspada situasi bola mati pasukan lawan, sepakan sudut, sepakan percuma di mana mereka memiliki kelebihan. Mereka dibarisi pemain yang tinggi dan kuat di udara.

"Soucek seperti Fellaini yang baru, memiliki kekuatan di udara. Pada penghujung permainan, tuah memihak mereka tetapi telah berusaha untuk mendapatkannya."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen