COVID-19: EPL catat kes tertinggi musim ini

Oleh Shaiful Shamsudin 29 September 2020 375
 COVID-19: EPL catat kes tertinggi musim ini
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatatkan 10 kes positif COVID-19 dalam ujian terakhir.

Kes positif itu dikesan daripada 1,595 pemain dan kakitangan yang menjalani saringan ujian calitan di antara 21 hingga 27 September lalu. 

Ini adalah jumlah positif tertinggi dalam tempoh seminggu untuk musim 2020-21 berbanding tujuh orang minggu lalu.

Angka tertinggi dalam musim ini adalah empat orang, iaitu pada 7-13 September lalu.

"Pemain atau kakitangan kelab yang diuji positif akan mengasingkan diri selama 10 hari," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Angka terbaru itu termasuklah tiga keas melibatkan West Ham yang disahkan kelab berkenaan minggu lalu.

Pengurus, David Moyes, serta dua tonggaknya, Issa Diop dan Josh Cullen, masing-masing sedang dikuarantin berikutan pandemik itu. 


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen