Kehadiran Bale tidak beri kesan negatif -- Mourinho

Oleh Ammar Hakim 19 Oktober 2020 1095
Kehadiran Bale tidak beri kesan negatif -- Mourinho
Pengenalan Gareth Bale daripada bangku simpanan bukan gangguan bagi Tottenham ketika dikejutkan West Ham, tegas pengendali, Jose Mourinho.

Spurs mendahului tiga jaringan tanpa balas dan dilihat bakal meraih tiga mata mudah dalam aksi Liga Perdana Inggeris, dengan jaringan terhasil menerusi Son Heung-min dan dua gol daripada Harry Kane bagi mendahului 3-0 selepas 16 minit.

Tetapi jaringan Fabian Balbuena dan gol sendiri Davinson Sanchez sebelum rembatan kencang Manuel Lanzini memastikan kebangkitan luar biasa buat The Hammers.

Bale kembali menyertai Spurs secara pinjaman dari Real Madrid bulan lalu dan dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-72, terlepas peluang terhidang ketika Spurs mendahului 3-2.

Bagaimanapun, Mourinho tidak percaya membawa masuk Bale memberikan kesan negatif kepada pasukannya.

"Saya tidak berasakan perkara itu. Keputusan untuk tidak menurunkan dia dalam kesebelasan utama adalah pilihan tepat," katanya.

"Ia adalah keputusan bagi menunjukkan dia tidak memiliki kerusi yang cantik menanti dalam pasukan ini. Ia merupakan pesanan kepada pasukan bahawa semua perlu berusaha mendapatkan tempat.

"Dia diterima dalam pasukan, semua menggemarinya dan saya dia juga menjumpai apa yang dimahukan.

"Namun sayang dia tidak dapat menjaringkan gol keempat pasukan dan mampu menamatkan perlawanan memihak kami. Tetapi itulah bola sepak." 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen