Musim United baru sahaja bermula -- Solskjaer

Oleh Ammar Hakim 18 Oktober 2020 2683
Musim United baru sahaja bermula -- Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer memuji permulaan baru Manchester United bagi musim 2020-21 selepas mereka merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di St James Park awal pagi tadi.

United diaibkan 6-1 di laman sendiri oleh Tottenham dalam perlawanan terdahulu sebelum aksi perlawanan antarabangsa dan kelihatan berdepan satu lagi ujian sukar apabila jaringan sendiri Luke Shaw membenarkan Newcastle mendahului perlawanan pada minit kedua.

Bagaimanapun, The Red Devils bangkit sebelum menang 4-1, dengan jaringan penyamaan daripada Harry Maguire sebelum Bruno Fernandes, Aaron Wan-Bissaka dan Marcus Rashford bertindak selaku penjaring gol dalam perlawanan ini.



Solskjaer gembira di sebalik perwatakan pemain dan mereka kini dalam usaha untuk mempamerkan aksi cemerlang dan memberikan pujian kepada Maguire -- yang berdepan kritikan ketika ini ketika beraksi untuk kelab dan negara.

"Ia adalah keputusan yang cemerlang, dipimpin oleh seorang kapten yang penuh dengan inspirasi," katanya.

"Mereka bermain sebagai satu unit. Mereka tidak sabar menantikan setiap perlawanan. Saya merehatkan beberapa pemain dan pasukan telah berjaya memastikan kemenangan buat United.

"Harry memberikan contoh terbaik atas padang serta meledak jaringan. Dia mempamerkan perwatakan yang terbaik. Saya sangat gembira untuk dirinya. Dia telah berdepan beberapa minggu yang sukar sebelum ini.

"Musim baru sahaja bermula buat kami."
 
Bakal berdepan Paris Saint-Germain (PSG) Selasa ini, United kelihatan tempang tanpa khidmat seperti Anthony Martial dan Edinson Cavani melihat beberapa nama besar bermula di bangku simpanan.

Paul Pogba merupakan antaranya yang disertai oleh Donny van de Beek dan Alex Telles -- dua pemain baru -- manakala Mason Greenwood turut terlepas daripada senarai 18 pemain.

Solskjaer mendedahkan peranan Pogba terhad hanya dalam separuh masa kedua selepas mengadu mengalami masalah kecergasan ketika beraksi untuk Perancis.

"Paul mengalami kecederaan pinggul ketika beraksi untuk Perancis, jadi saya tidak dapat menurunkannya dalam kesebelasan utama.

"Kami bakal berdepan perlawanan yang sukar, semua perlu mempamerkan aksi terbaik dan saya sangat gembira untuk dirinya."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen