Rasa tak seronok -- Henderson

Oleh Ammar Hakim 18 Oktober 2020 6507
Rasa tak seronok -- Henderson
Jordan Henderson berkata Liverpool berhak menang aksi derby Merseyside apabila meluahkan kekecewaan percubaan terakhirnya dibatalkan.

Ia merupakan pertembungan di antara pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton dan juara bertahan, Liverpool yang berakhir 2-2 di Goodison Park.



Henderson kelihatan menghadiahkan tiga mata buat Liverpool apabila menyumbar masuk hantaran silang Sadio Mane dalam masa kecederaan, namun VAR menunjukkan Mane berada dalam kedudukan ofsaid.

Ia bermakna aksi derby itu berakhir dengan penuh dramatik, dengan Everton terpaksa menamatkan saingan dengan 10 pemain apabila Richarlison melakukan terjahan terhadap Thiago Alcantara.

"Ia rasa kurang baik," kata kapten Liverpool, Henderson.

"Saya berasakan kami berhak menang, tiada apa yang mampu saya jelaskan."
 

Henderson ditanya mengenai insiden terdahulu melibatkan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, yang bertembung dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Pickford gagal melakukan gerakan yang terbaik dan hampir menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan dan mungkin diarah keluar padang, tidak diberikan sebarang hukuman.

"Ia berlaku terlalu pantas. Saya berasakan ia adalah sepakan penalti dan kami tidak berada dalam kedudukan ofsaid."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen