Jodoh Victor Nirennold di UiTM FC berpanjangan

Oleh Muzaffar Musa 26 November 2020 316
Jodoh Victor Nirennold di UiTM FC berpanjangan
Jodoh UiTM FC dan kaptennya, Victor Nirennold, akan berpanjangan untuk sekurang-kurangnya semusim lagi .

Ia pada waktu mereka kehilangan sebilangan besar kudrat import, termasuk Rabih Ataya, yang disambar Kedah.

Perkara itu disahkan oleh pengurus skuad The Lion Troops itu, Mustaza Ahmad, dalam satu temu bual Nadi Arena, hari ini.

"Barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Frank Bernhardt sudah bersetuju untuk mengekalkan pemain pertahanan, Victor, untuk bersama UiTM FC bagi musim 2021.

"Alhamdulillah, pada pagi ini, kami telah mengadakan majlis menandatangan ringkas bagi memastikan Viktor akan terus bersama UiTM FC," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen