Marcote tunggu tawaran Kuala Lumpur 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Oktober 2020 2806
Marcote tunggu tawaran Kuala Lumpur 
Ramon Marcote bersikap terbuka untuk mendengar sebarang tawaran dari Malaysia malah tidak lokek untuk berkongsi kepakarannya bersama jurulatih tempatan.

Nama jurulatih kelahiran Sepanyol itu kembali menjadi buah mulut apabila Kuala Lumpur dikatakan berminat untuk melamarnya berikutan  Nidzam Adzha Yusoff  yang mengangkat pasukan itu mara ke Liga Super musim depan, gagal memenuhi kriteria peraturan yang ditetapkan. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mematuhi ketetapan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bahawa jurulatih divisyen utama itu perlu mempunyai pengiktirafan lesen Diploma Profesional daripada badan induk benua terbabit. 

"Saya ada mendengar khabar angin mengenainya tetapi setakat ini tidak mempunyai sebarang pengesahan daripada mereka. 

"Tetapi segalanya berkemungkinan dan saya berminat (mendengar tawaran itu)," katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini. 

 

Sesi latihan pasukan Liga Premier Kuala Lumpur bersambung selepas mendapat kelulusan dengan SOP yang telah...

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Tuesday, October 20, 2020


Dalam masa yang sama, Marcote percaya kombinasi jurulatih import dan tempatan boleh dijadikan resepi kejayaan sesebuah pasukan. 

Justeru, jurulatih berusia 43 tahun itu tidak menolak untuk sekali lagi bekerjasama dengan Nidzam seperti ketika mengemudi Lang Merah dalam dua tempoh, beberapa tahun lalu.

"Kalau saya ke sana Malaysia lagi, saya akan berikan yang terbaik melalui tindakan profesional. 

"Saya sedia menggabung sentuhan profesional saya dengan jurulatih di Malaysia. Kejayaan akan hadir apabila jurulatih import memahami senario sesebuah negara itu.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan Nidzam, kami akrab. Tiada masalah untuk saya bekerjasama dengannya."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen