Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Khalid Jamlus pertahan percaturan Cheng Hoe 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 Mei 2021 4343
 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Khalid Jamlus pertahan percaturan Cheng Hoe 
Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus, mengakui bukan mudah untuk seorang jurulatih membuat pilihan terbaik demi mencapai sasaran. 

Beberapa nama pemain terutama dari kem Terengganu -- yang menguasai tangga kedua Liga Super -- termasuk penyerang Sabah, Amri Yahyah, tidak lekat dalam senarai pasukan yang akan membawa cabaran terakhir Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, bulan depan. 

Namun, Khalid menuntut penyokong Harimau Malaya terus memberi sokongan padu tanpa perlu mempertikai pilihan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe. 

"Benda ini pernah berlaku sedangkan saya dalam prestasi terbaik, walaupun saya menduduki ranking yang baik dalam senarai penjaring ketika itu. 

"Mungkin jurulatih mempunyai idea tersendiri untuk memperkasakan pasukannya.

"Jadi saya tiada dalam percaturannya, saya perlu akur. 

"Saya teruskan usaha dan sekiranya dapat panggilan, maka saya akan pergi. 





"Apa yang berlaku ketika ini ialah dia kesuntukan masa untuk membentuk pemain (wajah baru). 

"Oleh itu dia memerlukan pemain yang memiliki pengalaman (serasi) di bawah bimbingannya. 

"Memang Amri juga berpengalaman, tapi hak milik mutlak Tan Cheng Hoe," katanya ketika dihubungi Astro Arena hari ini. 


Siaran Media: Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Bermula 16 Mei 2021 Berikut senarai nama 25...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, May 10, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen