Juara dunia MotoGP, Marc Marquez, menghantar amaran jelas kepada pesaingnya musim ini selepas mencatatkan masa terpantas pada hari pertama ujian pramusim MotoGP 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Penunggang Ducati Lenovo Team itu, yang kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan tulang selangka di MotoGP Indonesia 2025, mencatat 1 minit 57.018 saat pada pusingan ke-18 daripada 23 pusingan sesi petang.
Advertisement
Sebelum itu, pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu menunjukkan perkembangan konsisten sepanjang hari, selepas menamatkan sesi pagi di tempat ke-11 dengan catatan 1 minit 58.774 saat
Tempat kedua terpantas dicatatkan oleh Fabio Di Gianan-Tonio dari Pertamina Enduro VR46 Racing Team, yang mencatatkan masa peribadi terbaik 1 minit 57.274 saat pada pusingan ke-20.
Sementara itu, wakil Red Bull KTM Tech3, Maverick Vinales muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1 minit 57.295 saat pada pusingan kedua terakhirnya.