Skip to main content

Sukan Lain

Pengembaraan motorsikal Iron Lady merentasi 81 negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Anita

"One lady, one bike, one vision...

Pengembara solo negara, Anita Yusof, berjaya menamatkan misi 'global dream ride 2' meskipun perjalanan itu menelan modal hampir RM400,000 selepas tempoh enam tahun tiga bulan atau secara khususnya selama 2,280 hari mengharungi cabaran jalanan dunia.

Advertisement

Impian kini menjadi realiti selepas kejayaannya menunggang motosikal menjelajah 81 negara serta menelusuri hampir 114 ribu kilometer (km).

Anita mengakui ia merupakan medan menguji ketahanan fizikal, mental serta jati diri, namun latar belakang sebagai seorang bekas pensyarah sains sukan membantu wanita berusia 58 tahun itu dalam memastikan aspek kecergasan berada di tahap optimum sepanjang tempoh jelajah.

"Dengan latar belakang sebagai orang sukan, saya sememangnya menjaga stamina.

"Paling mudah adalah berjoging. Itulah cara untuk mengekalkan kecergasan.

"Tak bagus juga duduk atas motor lama-lama. Dalam masa sama, saya banyak memanjat gunung," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Disebabkan faktor usia yang kian meningkat, perancangan jelajah akan datang mungkin dengan skala lebih kecil, namun ketika ini fokus utama adalah untuk meluangkan sepenuh masa bersama keluarga tercinta.

"Bukan setakat modal, malah memerlukan tenaga yang banyak.

"Usia saya semakin meningkat.

"Mungkin selepas ini menunggang dalam jarak yang dekat," tambahnya.

Must Watch Video