Skip to main content

Ragbi

Penubuhan Liga Putrajaya Super Rugby 2026 pacu kebangkitan sukan ragbi di Putrajaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psl

Persatuan Ragbi Putrajaya berharap penubuhan Liga Putrajaya Super Rugby (PSR) 2026 mampu menyaksikan pasukan yang mewakili putrajaya kembali bersaing di Piala Agong buat kali pertama sejak 2023.

Pelan itu dirangka sebagai platform pembangunan menyeluruh selaras dengan aspirasi memajukan sukan ragbi di Putrajaya.

Advertisement

Untuk rekod, liga itu dijadualkan bermula pada 3 Januari hingga 1 Februari 2026, dengan lapan pasukan bertanding.

"Selama 14 tahun kami menggunakan nama Liga Ragbi Putrajaya, kami jenamakan semula nama menjadi Liga Putrajaya Super Rugby, logo untuk meningkatkan nilai komersial.

 

 

 

"Kami juga mahu mempromosikan pasukan bertanding agar dapat menarik tajaan daripada syarikat korporat agar mereka dapat kelebihan daripada penajaan itu.

"80% pemain untuk ke Piala Agong perlu datang daripada CSR, itu dasar utama. Kami mahu lahirkan dan banggakan ekosistem." katanya.

Must Watch Video