Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Akmal Rizal harap sekatan daftar pemain baru KTRW dipertimbangkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

Penolong ketua jurulatih Kelantan The Real Warrior (KTRW), Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menyifatkan jurang kualiti pemain di antara pasukannya dan Selangor menjadi pemisah kedua-dua pasukan di Kelana Jaya, malam tadi.

Biarpun KTRW tumbang dengan agregat 1-5 dalam pusingan 16 Piala Malaysia itu, Akmal Rizal mengeluarkan nada positif terhadap persembahan anak buahnya.

Advertisement

"Saya hanya mempunyai 19 pemain yang boleh beraksi akibat masalah kecederaan dan penamatan kontrak.

"Kami mahu memberi tekanan awal dan kami berjaya melakukannya.

"Perubahan posisi membolehkan Selangor menguasai bahagian tengah sementara kelekaan membolehkan Selangor mendapat dua jaringan dalam separuh masa pertama.

"Saya harap dalam masa terdekat, ada keajaiban untuk mendapat kebenaran FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan pemain baru.

"Pemain yang hendak dibawa masuk sudah bersedia pada bila-bila masa," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video