Selangor dijangka kekal 75 peratus pemain senior

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Oktober 2020 1313
Selangor dijangka kekal 75 peratus pemain senior
Gundah-gulana dibuatnya penyokong Selangor selepas timbul perkhabaran sebilangan besar tonggak import bakal mengucapkan selamat tinggal selepas tamat Piala Malaysia. 

Perkembangan terbaru dari kem Gergasi Merah difahamkan 75 peratus daripada pemain yang berada dalam skuad senior musim ini akan dikekalkan bagi kempen 2021.

Setakat ini, juara 33 kali itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyambung khidmat lima pemain dan tiga daripada mereka berstatus senior termasuk pertahanan Nicholas Swirad.

Difahamkan, kontrak empat import yang ditunjangi penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun, akan tamat pasca Piala Malaysia. 

Tetapi pemain seperti Syahmi Safari dan Brendan Gan sah beraksi untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.

Begitupun, keputusan untuk perincian skuad Selangor pada 2021 memerlukan pandangan daripada ketua jurulatih baru yang bakal dilantik kelak.

"Sebahagian besar pemain yang ada sekarang masih mempunyai kontrak dengan Selangor. 

"Yang lain-lain kami akan muktamadkan dalam masa terdekat berpandukan kepada jurulatih kelak," kata pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, hari ini. 

 

'Gergasi Merah Mengembara Demi Persiapan Piala Malaysia' Untuk berita penuh tentang sesi latihan pasukan di Negeri Sembilan, klik pautan: https://bit.ly/3kspLag #RedGiants #KitaAdalahSatu

Posted by Selangor FC on Friday, October 23, 2020



Terkini, skuad senior memiliki hampir 30 pemain termasuk bakat muda dari Selangor II yang sedang menjalani persiapan Piala Malaysia di Negeri Sembilan.

"Pemain yang ada cukup kami untuk hadapi (kempen). Perlawanan pun (berlangsung dalam format) kalah mati. 

"Saya rasa persaingan antara pemain agak sengit jadi saya harap mereka dapat berlatih dengan baik untuk tersenarai dalam skuad 20 pemain bagi perlawanan pertama kelak." 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen