Berbaki dua hari lagi sebelum sepak mula Piala Dunia 2026, negara manakah menjadi pilihan untuk menjuarai edisi kali ini?
Takkan Argentina untuk dua kali berturut-turut? Sentimen penyokong seantero benua seakan sebulat suara menyokong Portugal kerana berkemungkinan besar 'last dance' Cristiano Ronaldo.
Penulis turut berpendapat bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk pemenang Ballon d'Or itu oleh kerana faktor usia dan Piala Dunia ini juga merupakan satu-satunya gelaran yang tinggal untuk dimenangi.
Bercakap mengenai pilihan pula, saya melihat Perancis sebagai pasukan terkuat dan bersedia untuk merebut kembali kejuaraan mengubati kekecewaan edisi lalu.
Siapakah yang akan menjadi 'underdog'? Jangan pandang rendah dengan Jepun, Curacao dan Turkiye.
Maghribi pun boleh tahan.
Pemain Terbaik? Kita nilai kemudian!