Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, mengakui teruja dengan kepulangan pemain utama, Arif Aiman Hanapi, selepas enam bulan berehat susulan kecederaan series.
Bukan sahaja membuat penampilan semula, malah dia menjaringkan gol kemenangan buat JDT selain dinobatkan sebagai 'Man of the Match' ketika mewaskan Kuching City 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
“I’m very happy because Messi is back again”, Xisco Munoz. @ASTROARENA pic.twitter.com/3fDvD2MMuf
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 24, 2026
"Dia katakan pada saya, 'jurulatih, adakah saya boleh ubah keadaan?' dan dia lakukannya. Dia pamerkan kualiti selepas kepulangannya.
"Saya sedih kerana kehilangannya beberapa bulan. Terima kasih buat pemain yang bekerja keras untuk sampai ke sini, saya gembira kerana Messi sudah kembali." katanya kepada Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.