Kepulangan semula bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, memberikan makna besar dalam hidupnya apabila terpaksa melalui detik sukar selama enam bulan sebelum kembali mewarnai juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu.
Kemasukannya pada lewat separuh masa kedua final Piala Malaysia terus menghadiahkan kemenangan buat Harimau Selatan dengan menjaringkan jaringan cantik daripada luar kotak penalti menewaskan Kuching City untuk JDT terus mengekalkan kejuaraan.
Namun, tersimpan seribu satu kisah tentang perjuangan dan pengorbanannya demi kembali ke kancah bola sepak selepas mengalami kecederaan sewaktu mewakili Harimau Malaya pada November lalu.
"Alhamdulillah. Sukar untuk menggambarkan perasaan.
Mr. MVP kongsikan celebration istimewa beliau! 🏄
Beliau turut berkongi sebelum memasuki padang, dia sudah berazam untuk menjaringkan gol! #PialaMalaysia2526 #DemiLigaKita pic.twitter.com/SPtBj9dMuV— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) May 23, 2026
"Saya banyak menghadapi situasi sukar hingga tidak tahu apa yang mahu difikirkan dalam masa enam bulan itu.
"Ini adalah kecederaan paling lama dalam karier saya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana baginda telah menyediakan rawatan fisioterapi paling terbaik untuk saya.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat memberi semangat kepada saya semasa saya melalui hari yang sukar.
"Selepas saya melakukan pembedahan, saya hilang arah pada tiga minggu awal.
"Saya banyak bersendirian. Saya fikir tentang karier saya walaupun mengambil masa lama untuk kembali.
"Tetapi berkat doa orang di sekeliling saya, keluarga, rakan sepasukan dan semua penyokong yang mendoakan saya.
"Dan, paling penting untuk Tunku Mahkota Ismail yang selalu menyokong saya memberikan kata-kata semangat," katanya kepada Astro Arena semalam.