Skip to main content

Bola Sepak

Selvan milik Selangor?

ss

Selangor difahamkan menjadi destinasi baru buat pemain lincah Negeri Sembilan, A. Selvan, bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongikan: "Finalis Piala Shopee, Selangor dikaitkan dengan A. Selvan selepas Negeri Sembilan secara rasmi umum ‘The Last Dance’ buat Selvan dengan kontraknya berakhir hujung bulan ini." kongsinya.

Karier Selvan bermula dengan skuad B-19 The Jang dengan dia bakal mengakhiri perjalanan selama sembilan tahun bersama Negeri Sembilan dan aksi menentang Kelantan TRW akan menjadi aksi terakhirnya di Paroi.

 

 

 

"Saya tak jangka bersama Negeri Sembilan selama sembilan tahun. Mereka sentiasa sokong saya sampai sekarang, terima kasih penyokong." kongsinya.

 

 

Must Watch Video