MotoGP: Hafizh Syahrin tambah tiga mata di Aragon

Oleh Muzaffar Musa 25 Oktober 2020 3393
MotoGP: Hafizh Syahrin tambah tiga mata di Aragon
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, menambah tiga mata dalam Grand Prix Teruel selepas menamatkan perlumbaan di Litar Motorland, Aragon itu di tangga ke-13 sebentar tadi.

Pelumba Inde Aspar Team itu, yang akan meninggalkan pasukan berkenaan musim depan, memulakan perlumbaan di petak ke-20 dan meningkat sebanyak tujuh kedudukan untuk mengumpulkan keseluruhan 21 mata.

Dengan tiga mata terbaru itu, Hafizh Syahrin kini menduduki tangga ke-20 keseluruhan berbaki tiga perlumbaan musim ini.

Dalam perlumbaan itu, Sam Lowes muncul pelumba terpantas, sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan manakala Fabio Di Giannantonio dan Enea Bastianini menyertainya di podium selepas masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen