MSBK: Zaqhwan kembali pamer taring di Sepang

Oleh Ammar Hakim 23 September 2020 252
MSBK: Zaqhwan kembali pamer taring di Sepang
Ketiadaan pesaing utama dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) akan digunakan sebaik mungkin oleh pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, untuk kembali tunjuk taring selepas hampir sembilan bulan simpan helmet ekoran Covid-19.

Tiada alasan untuk Zaqhwan tidak mempamerkan prestasi cemerlang mengenang usaha pasukannya, Boon Siew Honda Racing Team yang berjaya mengesahkan penyertaannya sebulan yang lalu meskipun mengalami kekangan menyediakan jentera. 

Lebih meyakinkan, seteru terdekat, Azlan Shah Kamaruzaman tidak akan terlibat dalam perlumbaan kali ini. 

"Azlan tidak dapat menyertai saingan MSBK kali ini, jadi tiada tandingan buat saya namun masih lagi mengetahui siapa yang bakal perlu saya hadapi dalam saingan kali ini," kata Zaqhwan.

Tidak dapat mengelak perasaan teruja selepas sembilan bulan tanpa saingan kompetitif pelumba berusia 25 tahun itu optimis mampu mencapai keputusan baik meskipun bakal menyertai kelas perdana MSBK 1000cc. 

"Litar Sepang merupakan antara pilihan bagi saya, pejam mata pun boleh berlumba di sini. Setakat ini, selepas mengetahui saingan akan dianjurkan kali ini saya terus membuat persiapan dan akan cuba memberikan tumpuan untuk perlumbaan ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen