Tekong utama skuad sepak takraw kebangsaan, Syahir Rosdi memberi bayangan bahawa tahun 2025 mungkin menjadi tahun terakhirnya beraya sebagai seorang bujang.
Menurutnya, soalan “bila nak balik berdua?” sudah menjadi ‘ritual wajib’ setiap kali dia pulang ke kampung halaman tetapi kali ini, dia memberi petunjuk bahawa ada perubahan manis bakal berlaku
dengan harapan untuk pulang beraya bersama pasangan pada tahun akan datang.
Advertisement
"Ibu saya selalu tanya bila nak balik berdua," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Buat Mak, tahun ini beraya seorang dahulu, tahun depan Insya-Allah balik berdua."