Skip to main content

Bola Sepak

Tular kelab Liga Super kembali dihimpit sekatan perpindahan, gaji pemain RM83,000.00 terbongkar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Terengganu

Dakwaan sekatan perpindahan sekali lagi tular di media sosial melibatkan Terengganu yang bertarikh 9 Februari lalu, namun punca sebenar belum diketahui.

Terdahulu, isu ini pernah timbul pada tahun lalu dan pihak kelab telah tampil menjelaskan perkara tersebut bahawa mereka telahpun menjalankan tanggungjawab secara profesional dengan mematuhi segala aspek perundangan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sambil membuat pembayaran kepada pemain import musim lepas tersebut lebih awal sebelum FIFA mengeluarkan kenyataan rasmi.

Advertisement

Menurut laman rasmi FIFA, nama Sang Penyu sekali lagi terpampang dalam senarai terkini sekatan perpindahan ketika ini.

Di sebalik isu itu, satu lagi maklumat terbongkar mengenai bekas penyerang import iaitu Ivan Mamut berkenaan satu dokumen tentang kandungan kontraknya bersama pihak pasukan.

Menurut perincian informasi, keseluruhan pakej kontrak bernilai sekitar RM995,000 bagi musim 2023 merangkumi gaji bulanan RM83,000, elaun rumah sebanyak RM2,000, elaun pengangkutan RM1,000 serta bayaran pendaftaran yang bersamaan sebulan gaji.

Surat itu turut menyatakan bahawa satu kontrak pekerjaan rasmi yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 menetapkan jumlah RM26,616 kasar sebulan, di samping bayaran tambahan lain seperti yang dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan isu ini.

Tonggak kelahiran Croatia itu meninggalkan Terengganu pada 2025 selepas melakukan 35 penampilan dan menjaringkan 23 gol sebelum dihimpit masalah kecederaan. 
 

Must Watch Video