Skip to main content

Bola Sepak

Tumpuan! Pemain warisan baru negara sudah lapor diri

Hodak

Anak bekas jurulatih negara, Bojan Hodak, bakal mewakili Malaysia buat kali pertama.

Jurulatih Nafuzi Zain menyenaraikan tonggak warisan Malaysia-Croatia, Luka Jordy Hodak, dari NK Trnje sebagai salah daripada senarai 26 pemain menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya bawah 19 tahun (B-19) menjelang Kejuaraan B-19 Asia Tenggara (ASEAN) 2026 yang akan berlangsung di Medan, Indonesia pada 1 hingga 13 Jun depan.

Umum mengetahui kacukan ibunya yang berasal dari Pulau Pinang, dan difahamkan putera kepada Bojan Hodak itu dilahirkan di Damansara, Kuala Lumpur.

Kemas kini laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook, kelihatan Luka Hodak mula bergabung dengan pasukan kebangsaan pada sesi latihan kedua di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong bermula Jumaat lalu.

Dia sebelum ini berkelana ke Indonesia bagi berlatih bersama Persib Bandung di bawah pemantauan ayahnya sebelum terbang ke Malaysia sejurus namanya disenaraikan Nafuzi.

Kempen di Medan, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura, Brunei dan Thailand yang muncul naib juara edisi 2024.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu akan membuka kempen menentang Singapura pada 2 Jun sebelum bertemu Brunei pada 5 Jun diikuti Thailand pada 8 Jun.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video