Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Moraes tekad julang piala bersama Selangor

Moraes

Penyerang utama Selangor, Chrigor Moraes, enggan dirinya dijulang sebagai wira pasukan sebaliknya menganggap kerjasama erat sepasukan sebagai faktor utama kemaraan ke final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini.

Tonggak kelahiran Brazil berusia 25 tahun yang juga pemain terbaik perlawanan itu memberi jaminan pasukannya akan mencuba sedaya upaya untuk menjulang kejuaraan sulung musim ini meskipun sedar bakal berdepan tugas getir menentang juara bertahan, Buriram United, dalam aksi timbal balik pada 20 dan 27 Mei ini.

Advertisement

Gergasi Merah menerusi persembahan cemerlangnya menumpaskan wakil Vietnam, Nam Dinh, dengan kemenangan agregat 4-1 malam tadi.

Untuk rekod, dua gol yang disumbangkan Chrigor di Stadium Thien Truong merupakan jaringan kelimanya dalam kejohanan serantau itu, sekali gus mengumpul 42 jaringan peribadi bersama Selangor setakat ini.

"Saya sangat gembira dan ini penting untuk saya secara peribadi.

"Kami bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

"Ini adalah impian kami dan kami ada beberapa hari sebagai persiapan mengharungi final," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video