Perseorangan lelaki meningkat naik Indonesia, Alwi Farhan, mencipta sensasi apabila menewaskan jaguh dari China, Shi Yuqi, menerusi aksi rubber set, 21-16, 19-21, 21-14, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026, sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung selama 1 jam 15 minit itu menyaksikan Shi Yuqi yang turun selaku pilihan pertama kejohanan terpaksa akur tewas 16-21 dalam set pertama, sebelum menang 21-19 dalam set kedua.
KFF Singapore Badminton Open 2026
MS - R16
21 19 21 🇮🇩Alwi FARHAN🥇
16 21 14 🇨🇳SHI Yu Qi
🕚 in 75 minutes— BWFScore (@BWFScore) May 28, 2026
Begitupun, dia terpaksa akur kehandalan pemain dari Indonesia yang merupakan juara dunia remaja 2023, 14-21 dalam set penentuan.
Shi Yuqi melalui musim cemerlang musim ini apabila muncul juara Seluruh England, memacu China muncul juara Piala Thomas selain juara dalam Kejohanan Badminton Asia tahun ini.