Skip to main content

Badminton

TERKINI Terbuka Singapura: Gandingan baru BAM tewaskan ranking pertama dunia

Singapore

Kejutan besar! Siapa sangka pertemuan pertama memihak kepada Malaysia.

Gandingan baru beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, menampilkan permainan memukau apabila memperoleh kemenangan bergaya menewaskan gergasi China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, sebentar tadi.

Wakil negara itu menumpaskan pasangan ranking pertama dunia itu dengan kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam tempoh 43 minit, sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Kepulangan semula Jimmy Wong ke pangkuan badan induk itu jelas menghasilkan impak besar apabila berhasil membina persefahaman baik bersama Su Yin untuk menumbangkan jaguh dunia itu.

Untuk rekod, ini adalah kejohanan kedua mereka bergandingan bersama selepas Masters Malaysia minggu lalu.

Bagi pihak lawan, kali terakhir mereka kandas pada pusingan pertama pada 2024. 

Jimmy sebelum ini terlepas peluang menjulang kejuaraan apabila tewas dalam tujuh final sepanjang bergelar pemain profesional bersama Lai Pei Jing, termasuk muncul naib juara Terbuka Macau Super 300.

Laporan penuh menyusul selepas ini. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video