Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Jaryl Teh sempurnakan misi tiga tahun buru kejuaraan

sss

Percubaan memakan masa selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil buat juara cilik perseorangan lelaki Astro Kem Badminton (AKB), Jaryl Teh.

Tiga tahun lalu, Jeryl membuat penampilan kali pertama di akb namun perjalanannya terhenti di peringkat kumpulan.

Segala kesilapan dan pengalaman dibawanya dalam penampilan tahun kedua, namun ia masih belum cukup apabila perjuangannya di Arena Sukan Kuala Lumpur hari ini terkandas dalam suku akhir.

2026 membawa cerita berbeza buatnya, muncul juara adalah sesuatu yang tidak dijangka olehnya menerusi kemenangan tiga set 17-15, 15-8, 12-15.

"Walaupun gugup pada awalnya, keyakinan saya hadir kerana saya tidak mahu melepaskan peluang menguji kemampuan menentang wakil dari negeri lain," katanya.

Berbeza ceritanya buat juara kategori perempuan AKB.

Hasrat muncul juara hadir tatkala Nuha Erma Doni membuat penampilan sulung dalam AKB.

Tiada masalah besar untuknya mendominasi, namun apa yang menarik di pentas akhir Nuha Erma perlu mengatasi rakan sebiliknya sendiri iaitu Veronica Rom Gaha dengan kemenangan straight set 15-7, 15-12.

"Saya mula dapat rentak sebenar permainan dalam set kedua," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video