Skip to main content

Bola Sepak

Bola sepak Korea Selatan goncang lagi, hiburan seks sebagai santapan pengadil

ggg

Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) kini disiasat berhubung merasuah pengadil luar negara selepas kes itu didedahkan Stesen Penyiaran Korea Selatan, JTBC.

Polis Korea Selatan bertindak menggeledah badan induk bola sepak kebangsaan itu selepas didakwa terbabit menyediakan pelacur kepada beberapa pengadil antarabangsa dengan Sato Ryuji, Ravshan Irmatov dan Nawaf Shukralla dikaitkan.

JTBC mendedahkan KFA mengamalkan hiburan termasuk seks kepada pengadil-pengadil dalam tujuh perlawanan yang berlangsung sekitar 2011 termasuk kelayakan Piala Dunia 2014.

Stesen penyiaran tempatan itu turut mengesahkan tempahan lokasi hiburan terbabit seperti di Seoul, Changwon (Gyeongnam) dan Ulsan beserta bukti pembayarannya.

Sehubungan itu, KFA mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kes terbabit sambil menegaskan, "Walaupun insiden yang tidak menyenangkan mungkin telah berlaku 15 tahun yang lalu, kami sedang  dalam usaha mewujudkan garis panduan pengurusan dalaman yang ketat."

Kegagalan negara republik itu dalam kempen Piala Dunia 2026 dikritik hebat hingga mendorong kepada siasatan pelantikan Hong Myung-bo sebagai ketua jurulatih.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video